Wednesday, 14 January 2015

8 LANGKAH MENJADI JUTAWAN (Bahagian 2)


8 Langkah Menjadi Jutawan…

oleh: Irfan Khairi


 

Langkah 5: Mulakan perniagaan
9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Mereka dari golongan terkaya di Malaysia dan dunia merupakan ahli perniagaan. Amat sukar dan mengambil masa yang lama untuk menjadi kaya sekiranya anda seorang pekerja- namun ianya masih tidak mustahil.
Cuba berjinak-jinak dengan perniagaan. Anda terikat dengan pekerjaan 9-5? Tidak mengapa, anda masih mempunyai masa 5-9! Jikalau anda tidak dapat memulakan perniagaan secara full time, mulakan perniagaan secara part time.
Terdapat berbagai-bagai peluang perniagaan di Malaysia. Namun perlu berhati-hati anda tidak terjerumus dengan perniagaan yang melibatkan penyelewengan serta skim-skim cepat kaya dan piramid.
Anda boleh memulakan pengalaman perniagaan anda dengan membuka gerai, franchais, menyertai perniagaan network, memulakan perniagaan dari rumah ataupun melalui perniagaan Internet- seperti saya! Jangan lupa langkah 3 iaitu pelajari ilmu perniagaan berkaitan dengan bidang anda.

Langkah 6: Perihal kewangan
Dalami perihal kewangan. Untuk berjaya dari segi kewangan, anda perlu dilengkapi dengan ilmu mengenai wang. Ketahui bahawa kekayaan bukan bererti berapa banyak wang anda perolehi sebulan- tetapi, berapa banyak wang anda dapat simpan sebulan. Seseorang yang berpendapatan RM10,000 tetapi berbelanja RM9,000 sebulan sudah tentu tidak sekaya seseorang yang bergaji RM3,000 tetapi berbelanja RM1,500 sebulan. Kekayaan bukanlah berapa banyak anda perolehi, tetapi berapa banyak anda boleh menyimpan.
Konsep penting dalam memahami perihal wang adalah konsep compound interest. Maksudnya, pelaburan wang anda yang menghasilkan faedah, kemudiannya keuntungan faedah serta wang pokok anda itu dilaburkan semula. Dengan menggunakan konsep compound interest, wang anda akan berganda dua kali dalam masa 7 tahun sekiranya faedah yang anda terima adalah 10%. Menurut Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad, Poor Dad, selain dari memulakan perniagaan, cara mencapai kekayaan adalah melalui pelaburan.

Langkah 7: Lakukan apa yang anda suka
Anda boleh mencapai kekayaan tidak kira dalam apa bidang jua. Satu kesilapan besar yang sering terjadi adalah apabila kita memikirkan bahawa bidang yang kita dalami tidak boleh menjadikan kita kaya. Sering kita fikirkan, industri yang lain boleh memberi pulangan yang lebih tinggi. Dalam buku motivasi klasik Acres of Diomand, penulis mengatakan bahawa senario \”the grass is greener on the other side\” sering terjadi pada setiap insan. Ini bererti, anda akan sering merasakan industri lain lebih membawa keuntungan dari industri anda. Bidang yang lain lebih memberi kekayaan.
Pada hakikatnya, kekayaan dan kejayaan boleh dicapai tidak kira apa bidang pun. Lakukan sedikit tinjauan- anda pasti akan bertemu kisah mereka yang berjaya dan mencapai kekayaan dalam bidang anda juga!

Langkah 8: Mereka yang berjaya adalah mereka yang sering gagal
Sejarah sering menceritakan kejayaan seseorang sering kalinya dikait dengan kegagalan di masa yang lampau. Ini adalah sememangnya benar oleh kerana mereka yang berjaya pasti mempunyai cerita kegagalan yang boleh dikongsikan.
Perbezaan mereka yang berjaya dan mereka yang tidak, adalah, mereka yang berjaya akan mengambil kegagalan sebagai iktibar. Tidak kira berapa kali kegagalan mengundang, mereka tidak akan berputus asa. Pencipta lampu mentol, Thomas Edison hanya mencapai kejayaan selepas seribu kali mencuba. Apabila ditanya, bagaimana beliau masih boleh berusaha walaupun gagal begitu banyak kali, jawapannya adalah, dia tidak menganggap dirinya gagal. Dia menganggap beliau menjumpai 999 cara yang salah dalam mencipta lampu mentol!

8 LANGKAH MENJADI JUTAWAN (Bahagian 1)

8 Langkah Menjadi Jutawan…

oleh: Irfan Khairi


Langkah 1: Mulanya di fikiran
Kekayaan bermula di fikiran. Jikalau anda berfikiran negatif mengenai kekayaan, maka, ia akan menjadi penghalang mental anda. Lepasi penghalang mental tersebut dengan berfikiran positif tentang kekayaan. \”Duit banyak bukannya boleh bawak ke kubur\” merupakan salah satu fikiran negatif yang sering diluahkan. Apa kata anda tukar mindset tersebut kepada, \”Duit banyak, nanti lebih banyak amal jariah boleh lakukan, walaupun kita sudah ke kubur!\”
Sekiranya anda inginkan kekayaan, langkah pertama anda adalah untuk membuang segala fikiran negatif tentang kekayaan. Tembusi benteng pertama yang menjadi penghalang kepada kekayaan- iaitu fikiran anda sendiri. Fikirkan boleh!

Langkah 2: Tetapkan matlamat
Dengan keinginan, anda perlu menetapkan matlamat. Keinginan tanpa matlamat merupakan perbuatan yang sia-sia oleh kerana kita tidak tahu arah hala tuju kita. Bayangkan anda menaiki teksi, tetapi tidak mempunyai matlamat destinasi. Silap hari bulan, anda di tendang keluar dari teksi. Dengan mempunyai matlamat, dalam konteks ini, destinasi, maka anda akan dapat menetapkan satu jalan untuk mencapai matlamat anda.
Matlamat bagaikan suatu peta untuk anda sampai ke suatu destinasi. Tanpa peta yang lengkap, anda pasti akan tersasar dari destinasi anda. Tetapkan matlamat yang tinggi untuk diri anda, namun, matlamat tersebut perlu logik diterima fikiran. Sebagai contoh, memperolehi RM1 juta dalam masa 2 tahun bunyinya tidak logik- amat jarang sekali diperolehi oleh seseorang (namun tidak mustahil). Namun, memperolehi RM1juta dalam masa 10 tahun adalah suatu yang logik diterima fikiran dan sering dilakukan oleh jutawan-jutawan di Malaysia. Bagaimanakah caranya? Ikuti langkah-lankah seterusnya…

Langkah 3: Hendak sejuta daya…
Matlamat tanpa usaha adalah sia-sia. Matlamat tanpa usaha adalah umpama \”Angan- angan Mat Jenin\”. Kekayaan dan kejayaan tidak akan jatuh ke riba kita begitu sahaja. Hendak peroleh wang berjuta? Maka, anda perlu letakkan sejuta usaha untuk merialisasikan impian anda. Tiada jalan pintas dalam mencapai kekayaan- usaha adalah tangga kejayaan.
Dalam memotivasikan diri anda untuk berusaha mencapai matlamat anda, anda perlu memberi komitmen setiap hari dalam mencapai impian anda. Setiap hari, lakukan sesuatu untuk dekatkan anda kepada matlamat anda. Jangan tinggalkan sehari tanpa melakukan sesuatu walaupun usaha tersebut adalah sedikit sahaja. Perkataan kaizen yang berasal dari Jepun bermaksud improvement sedikit demi sedikit. Dengan sikap kaizen inilah Jepun berjaya menjadi negara maju yang disegani seluruh dunia.

Langkah 4: Pengetahuan & ilmu
Pengetahuan merupakan faktor penting dalam membina kekayaan. Tiada jalan pintas dalam memperolehi kekayaan. Dengan pengetahuan yang lengkap dalam sesuatu industri, ini akan memudahkan anda mencapai kekayaan dan kejayaan.
Cara mudah untuk mendalami ilmu industri yang anda kecimpung adalah dengan cara membaca. Tanam sifat rajin membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan bacaan di pasaran merangkumi topik-topik tertentu. Dengan mendalami pengetahuan dalam industri anda, anda akan menjadi pakar dalam bidang anda sendiri.
Satu perkara penting dalam mencari ilmu adalah anda tidak perlu reinvent the wheel. Kejayaan telah dicapai dalam semua industri. Apa yang anda perlu lakukan adalah pelajari dari mereka yang telah berjaya. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya, anda pasti tidak akan tersasar dari mencapai kejayaan juga.

Saturday, 27 December 2014

50 Strategi Pemasaran Premium... :)




Ketahui tips dan strategi pemasaran premium untuk meningkatkan jualan ke tahap maksimum!



 Nama kegemaran




Emel anda 
(Elakkan Yahoo mail)



Tuesday, 23 December 2014

Kenapa kita perlu berniaga... (Bahagian 3)




KISAH SEKUMPULAN SEMUT DAN SEEKOR KELDAI PEMBAWA BARANG



     Maka semut itu pun bertanya, “Siapa punya beban yang kau bawa itu, wahai sang keldai?”
Maka keldai pun menjawab, “Bos saya punya, yang sedang minum dan makan-makan dibawah pohon di sebelah sana tu!”
“Oh begitu….” kata sang semut tersebut sambil tersenyum.
Sang keldai berkata, “Eh! Kamu semua ini pula, kenapa nampak begitu gembira? Sedangkan kamu semua terpaksa mengangkat beban makanan yang besar-besar belaka?” tanya sang keldai kepada sang semut tadi.
“Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali. Tiada istilah penat bagi kami dan kami sangat gembira melakukannya.”
“Mengapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang keldai dengan rasa penuh kehairanan.

     Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: “Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai sang keldai yang dihormati.”
“Apa perbezaannya, sang semut? Saya lihat, kita sama sahaja, membawa bebanan masing-masing?” tanya keldai kembali.
“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, tetapi majikanmu yang sedang makan minum dan berehat-rehat di bawah pohon sana, sedangkan kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah kepunyaan kami sendiri, dan bukannya bos kami.” demikian penjelasan semut.

    Keldai itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor keldai yang hanya pandai menurut perintah majikannya tanpa sedikit pun sedar akan maksud yang disampaikan oleh sang ketua semut tersebut.

     Baiklah, para pembaca yang budiman sekalian. Apakah moral yang boleh kita perolehi dari cerita ini? Sebenarnya, banyak moral disebalik kisah ringkas ini! Tetapi terdapat satu pengajaran penting yang boleh kita ambil disini ialah;

semut



      Walaupun beban, dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang usahawan di dalam dunia perniagaan itu selalunya lebih besar dari dunia makan gaji, namun, mereka akan tetap sentiasa tabah dan gembira menghadapinya. Kerana, mereka tahu, mereka sedang berusaha untuk mencapai impian mereka sendiri, dan bukannya impian orang lain atau impian majikan mereka.

    Pengajaran yang kedua, terdapat golongan yang tidak sedar tentang potensi mereka yang sebenar. Samada mereka tidak diberi peluang, tiada modal ataupun sudah tahu namun tidak berani untuk bertindak kerana terlalu risau tentang cakap-cakap belakang yang mengatakan berniaga itu berisiko tinggi untuk gagal, tiada pendapatan tetap dan tiada jaminan masa hadapan.

     Saya berharap agar mesej yang ingin disampaikan disini, membawa kesan walaupun sedikit kepada para pembaca. Minda kita harus dicuci dan dibersihkan. Jika kita sekarang sedang bekerja, belajarlah untuk berniaga secara sambilan dahulu. Jika tiada minat, banyakkan membaca tentang kejayaan usahawan-usahawan ternama dan ubahlah sikap, mungkin suatu hari nanti dibukakan hati untuk meminati perniagaan, kerana perniagaan itu Sunnah Rasulullah SAW.

Sekian.


(Cerita ini dipetik daripada blog Tuan Irfan Khairi, Jutawan Internet Malaysia)

Kenapa kita perlu berniaga... (Bahagian 2)



KISAH SEKUMPULAN SEMUT DAN SEEKOR KELDAI PEMBAWA BARANG
 

     Pada suatu hari, seekor keldai sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan keldai itu. Keldai tersebut hanya mengikut sahaja perintah majikannya tanpa banyak soal walaupun hakikatnya ia sudah terlalu letih membawa bebanan tersebut.

    Perjalanan tersebut begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka keldai itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih. Ketika keldai itu sedang beristirehat, tiba-tiba lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa beban makanan mereka. Keldai itu mula tertarik melihat gelagat sekumpulan semut tersebut.

     Semut-semut tersebut semuanya kelihatan gembira sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Keldai itu berasa hairan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi- nyanyi.

  Semut-semut itu juga melihat keldai terduduk dalam keadaan kepenatan. Sebaik sahaja menghampiri keldai tersebut, ketua semut itu bertanya kepada keldai, “Hai keldai, apa yang sedang kamu lakukan di sini.”
“Saya sedang berehat wahai semut,” jawab keldai tersebut.
“Kenapa kamu kelihatan begitu penat sekali?” tanya semut lagi.
“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,” jawab keldai itu lagi.




*** Bersambung di bahagian 3...

Kenapa kita perlu berniaga... (Bahagian 1)



Selamat bertemu kembali! 

Dalam entry kali ni, saya ingin berbicara tentang kepentingan perniaagaan dalam kehidupan kita.. :)

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, Islam amat menggalakkan perniagaan sebagai kerjaya umat muslim. Kita perlu yakin bahawa 9/10 sumber rezeki datangnya dari jalan perniagaan. Namun begitu, berdasarkan fakta, tahukah anda bahawa dalam komuniti manusia, hanya 1/10 sahaja yang menjalankan perniagaan sedangkan 1/10 inilah yang menjana pendapatan yang lumayan dan dari 1/10 ini, hanya 5% sahaja yang benar-benar kaya raya, yang lain hanya kaya biasa-biasa dan sebilangan besar mereka pula pernah merasa erti kegagalan dan kerugian puluhan ribu ringgit mahupun jutaan ringgit.

Sebenarnya, tidak ramai yang sanggup untuk berusaha keras untuk menjadi kaya, namun apabila ditanya tentang adakah anda mahu kaya? Rata-rata menjawab; “Ya, sudah pasti saya mahu kaya!”.
Apabila diajak untuk berniaga, mereka mula menjawab; “Baik sahaja aku makan gaji, kerja senang, bulan-bulan dapat gaji tetap, rajin ke malas ke, tetap dapat gaji!”


Mengapa berlaku sedemikian?
.
.
.
Ini tugas para pembaca untuk fikir tau! :)


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Di bahagian ke-2 dan ke-3, saya ingin bawakan kepada para pembaca sebuah kisah yang boleh dijadikan pengajaran untuk semua kita semua. Ayuh teruskan membaca dan sama-sama kita hayati maksud tersirat daripada kisah yang disampaikan.. :)



Sunday, 21 December 2014

Tips perniaagaan daripada Tuan Irfan Khairi... :)



Salam'alaikum, apa khabar semua..

Hari ni,
saya nak kongsikan 1 video
daripada Tuan Irfan Khairi.

Saya harap,
video ni bermanfaat 
untuk semua ya!


BERFIKIR DI LUAR KOTAK






Akhir kata, 
Salam Usahawan buat semua!